Sejarah Sekolah
SMK KOTA BHARU, KELANTAN

Ucapan Pengetua

Sejarah Sekolah

Unit Pentadbiran

HEM

Ko-Kurikulum

PIBG

Album 1

Album 2

Album 3

Album 4

Majalah HAYAT

Hubungi Kami

Buku Pelawat

GERBANG LAIN


SMKKB dalam Sejarah

Sejarah Pertubuhan Sekolah Menengah Kota Bharu ( SMKKB ) bermula dengan pertubuhan Sekolah Menengah Rendah Kota Bharu 1 ( SMKB 1 ) dan Sekolah Menengah Rendah Kota Bharu 2 ( SMKB 2 ) pada tahun 1965 iaitu selaras dengan perlaksanaan sistem anika jurusan.

Pada peringkat awalnya, SMKB 1 dan SMKB 2 diletakkan di bawah pentadbiran yang berasingan dan menumpang di bangunan Sekolah Indera Putera. Walaubagaimanapun pentadbiran kedua-dua sekolah ini telah disatukan di bawah seorang guru iaitu En. Nik Yusoff Hj. Nik Daud pada tahun 1967. Pada tahun 1969, SMKB mula mempunyai bangunan sendiri dengan terbinanya blok atas seperti yang ada sekarang iaitu blok A dan blok B. Pada tahun 1975, bangunan tambahan telah siap dibina iaitu bangunan blok C dan Bengkel Seni Perusahaan.

Pada tahun 1980an, SMKB telah menerima lagi tambahan bangunan dan kemudahan asas. Ini termasuklah bangunan serbaguna, sebuah musalla dan bilik Pusat Sumber Sekolah (PSS) serta 3 buah bilik Kemahiran Hidup ( KBSM ). Dalam usaha mencapai cita-cita pelaksanaan satu sesi persekolahan  di seluruh negara, SMKB sekali lagi menerima bangunan tambahan tiga tingkat yang boleh menampung 21 bilik darjah dan disiapkan pada bulan Ogos 1990. Pembinaan Makmal Sains dan pentadbiran satu bangunan tambahan 4 tingkat siap pada bulan Ogos 1995.

Pada tahun 2002, SMKB telah menerima lagi tambahan bangunan dan kemudahan asas. Bangunan tersebut dibina di tapak bangunan kantin yang lama. Bangunan 4 tingkat ini dapat disiapkan pada awal tahun 2003, bangunan tersebut dijadikan sebagai bilik mesyuarat, bilik tayangan dan selebihnya bilik darjah bagi menampung bilangan pelajar semakin meningkat. Di tingkat bawah bangunan, dijadikan sebagai kantin di SMKB.

1. 

1965-1966

EN.KHAW MONG HUA

2. 

1966 - 1968

EN.HENRY FEREIRA

3. 

JAN 1969 - JAN 1972

EN. RAJ KUMAR

4. 

DIS 1972 - 1976

EN. PHANG NGIT MIN

5. 

APRIL 1977 - JAN 1980

EN. SABRI B. SALLEH

6. 

JAN 1980 -  MAC 1983

NIK YUSOFF B. HAJI NIK DAUD

7. 

APRIL 1983 - JAN 1984

EN. ABDUL HAMID B. ISMAIL

8. 

FEB 1984 -  JAN 1989

PN. HAJAH KAMARIAH BT. JALIL

9. 

FEB 1989 - DIS 1990

TN. HAJI MUHAMAD B. AB.RAHMAN

10.            

MAC 1991 -  DIS 2000

TN. HAJI AB.RASHID B. YUSOF

11.            

JAN 2001

PN. HAJAH ROHANI BT. ISMAIL

12.            

16 MAC 2004 - SEKARANG

PN HAJAH WAN YAM BT. WAN SULAIMAN

"PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT"
memenuhi keperluan Warga SMKKB

disediakan oleh Persatuan Sejarah SMKKB